Dugaan Illahi

Assalamualaikum.

Wahai pembaca setia yang dihormati.Disini,Mus ingin meminta sepohon maaf dan seikhlas ampun atas ketidak update-an semenjak dua atau tiga hari ini.Masalah ini Mungkin juga akan berlarutan sehingga seminggu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya.Jikalau lah ada.Mengapa.Baiklah.Mus akan terangkan disini.

Mus telah diuji Allah Maha Kuasa dengan satu ujian yang agak sarat.Mus telah ditimpa ujian pada 20 Febuari 2012 tepat jam 5++ petang.
Pada saat itu,Mus telah dipanggil untuk menjalani latihan bagi pasukan bolasepak bawah 18 tahun bagi sekolah Smk Dato' Sheikh Ahmad.
Sedang Mus memanaskan badan,tiba-tiba,dengan tidak semenanya,kaki Mus berputar mengikut arah jam dari pergelangan lutut hingga ke ibu jari kaki.

Alhamdulillah,selepas tiga saat,ia berputar kembali selepas itu untuk membetulkan keadaan.Mus lihat seperti keadaan biasa.Mus teruskan berjalan selepas itu.tapi sekali lagi diuji apabila Mus tidak mampu untuk berdiri semula."ALLAH",itu sahaja yang mampu diungkap oleh Mus apabila meneran kesakitan.Terdapat cikgu mengiring yang perasan dan memberitahu supaya Mus terus berehat.

Selepas Mus berehat,Mus melihat pelajar-pelajar lain yang berjoging yang mempersendakan Mus dengan mengatakan pelbagai ungkapan.Terdapat sedikit terkilan dihati Mus.Sehingga kini.Mus masih teringatkan kejadian itu.Mus benar-benar sakit dan mereka tidak mempedulikan Mus malahan mengejek Mus.Jikalau suatu hari nanti,Allah Maha Kuasa menurunkan ujian kepada mereka,sanggupkah mereka hadapi?Hanya Allah yang tahu.



Malam itu juga,Mus pergi berurut secara tradisional.Ya Allah,hanya tuhan saja yang tahu betapa sakitnya pabila seluruh urat dilutut anda bengkak dan membesar.

Keesokkannya,Mus pergi ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk membuat pemeriksaan lanjut.Kata doktor disitu.Jika tidak masalah tulang,ia mungkin masalah tisu.Jikalau masalah tisu.Kemungkinan besar,ia harus DIBEDAH.Pada mulanya nampak seperti masalah biasa bukan?Hm.Tetapi,semua ini dugaan Illahi.Seharusnya Mus bersabar.Bersabar dan terus bersabar.InsyaAllah.Masalah ini akan hilang dengan usaha.

Sekian dari Mus.
Assalamualaikum.

*setakat dari post ini ditulis pada 22 Febuari 2012 , 12:29am.Masih tiada seorang pun kawan Mus datang melawat :)*
Alhamdulillah.

3 comments:

  1. Assalamua'laikum.

    Innalillahi wa inna ilaihi raajiun.

    Semoga Allah sembuhkan Mus segera. Sabarlah banyak-banyak ya. Baik menghadapi kesusahan fizikal atau emosi, semuanya ujian Allah. Mungkin Allah nak melatih Mus agar lebih kuat untuk menghadapi cabaran masa depan.

    May Allah bless you brother and I pray for your success in your studies. Amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam.

      Alhamdulillah. Sekarang Mus dah pun elok 100% dari kecederaan ini.Terima kasih atas nasihat.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

Komen?