Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh.
Ya Allah,lamanya tak berblog-ing. Yelah,asyik dengan sports je.Lepas sports baru nak focus on studying.Okay.Bercakap pasal topik yang ingin Mus utarakan hari ini. "Hidayah itu milik Allah S.W.T".Mus tidaklah semahir mana,Tetapi Mus ingin sahaja menyuarakan pendapat tentang topik ini.
Berbicara tentang hidayah ini, Hidayah bermaksud : Cahaya petunjuk Allah s wt
Contohnya : Orang yang mendapat hidayah akan berubah tingkah lakunya dari kufur
kepada beriman. Seperti Umar al-Khattab
Hidayah ini dinyatakan dalam Surah al-An’am ayat 125 yang bermaksud
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia
melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah
kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-
sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah
Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
Jenis-jenis hidayah adalah seperti :
*hidayah ilmu pengetahuan
*hidayah pengutusan rasul-rasul
*hidayah akal fikiran yang benar
*hidayah ghazirah (naluri semula jadi)
*hidayah pancaindera
*hidayah kesedaran
*hidayah rahmat Allah
Kisah Isteri Firaun
Asiah ialah seorang isteri yang mudah
mendapat hidayat Allah.Ketika Nabi Musa
diutuskan menyampaikan dakwahnya,
baginda mendapat tentangan daripada firaun
dan pengikutnya.Tetapi isterinya sendiri telah
menganut agama yang disampaikan oleh
Nabi Musa.Firaun memujuk isterinya Asiah
supaya mengubah keyakinannya, tetapi Asiah
menjawab’ Aku boleh mengaku engkau(firaun)
sebagai suami tetapi bukansebagai tuhan’
Akhirnya Asiah dibunuh.Rohnya diangkat oleh
Allah ke suatu tempat yang tenang dan damai
Kisah Isteri dan Anak Nabi Nuh
Mereka adalah keluarga yang tidak
mendapat hidayat.Nabi Buh menyuruh
kaumnya supaya meninggalkan
penyembahan berbagai-bagai tuhan,
tetapi mereka tidak menerima seruan
baginda.Begitu juga dengan isteri
dan anaknya. Walaupun jaminan
diberi untuk kebahagiaan tetapi hidup
di dunia dan di akhirat tetapi isteri
dan anaknya tetap menghina Nabi
Nuh.Akhirnya mereka ditenggelamkan
dalam banjir besar
Sekian sahaja daripada saya yang hanya manusia biasa :D Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment
Komen?