Jom Bersabar

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh.

Sifat sabar seharusnya ditanamkan dalam diri dan jiwa setiap Muslim sebagai menifestasi iman. Secara ringkas, sabar bermaksud tahan menerima penderitaan yang tidak disenangi dengan reda dan menyerahkan diri kepada Allah SWT.


Menurut pandangan ahli falsafah Islam, penerapan sifat sabar terdiri daripada lima aspek:



1 Sabar dalam ibadah. 

Tekun melaksanakan segala perintah Allah dengan ikhlas dan penuh ketaatan seperti solat,puasa,zakat,haji, dan amal-amal ibadah lain yang dituntut oleh Islam.


2 Sabar ketika mendapat sesuatu bala dan bencana.

Allah SWT sentiasa menguji hamba-Nya dengan pelbagai kesulitan, penderitaan, bala dan bencana.


3 Sabar terhadap maksiat.


Menahan diri untuk menghindarkan daripada melakukan segala perbuatan jahat yang didorong oleh hawa nafsu yang boleh menjerumuskan seseorang ke lembah kehinaan dan kemurkaan Allah.


4 Sabar terhadapa pengaruh duniawai.

Islam menggariskan bahawa umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan kenikmatan dunia yang sementara sehingga boleh melalaikan kepentingan hidup di akhirat.


5 Sabar dalam perjuangan.

Tidak berputus asa dan memperkuatkan kembali sdegala kekurangan dan kelemahan atau kegagalan dijadikan pengajaran.





Dengan kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini,sama-samalah kita memenuhkan masjid,membasahkan bibir dengan zikrullah dan menahan hawa nafsu supaya bersabar!
Wallahuaklam.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!
Alhamdulillah.

Amalkan Akhlak Mulia


MARI BERINGAT!


Untuk menjalani kehidupan yang tenang dan seterusnya dapat melakukan ibadah dengan aman,kita amat digalakkan supaya mengamalkan akhlak mulia.
Amalkan :



1 Bersikap benar dan amanah.Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling berasa selesa dengan kejujuran kita.

2 Menjaga maruah diri. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling menghormati pegangan agama kita.

3 Bersabar ketika menghadapi kesusahan. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling sentiasa berlapang dada membantu kita.

4 Menepati dan menunaikan janji. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling percaya dan menghormati pandangan kita.

 5 Berani dan pemurah. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling sentiasa bersama kita dalam susah mahupun senang.

6 Berlemah lembut dengan makhluk lain. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling berasa selesa di samping kita.

7 Berasa mulia dengan keimanan. Amalakna sebaik mungkin supaya orang sekeliling menghormati dan menghargai bahawa Islam itu indah.

Alhamdulillah.

Senyumlah



Alhamdulillah.

Cara Rasulullah s.a.w menghitung tasbih



Alhamdulillah.

Tolong Mus Boleh ?

Assalamualaikum Warah Matullah Hiwabarokatuh,


Ehem. Alhamdulillah,baru saja balik dari kenduri tahlil dan sambutan hari jadi seorang sahabat.Sahabat yang Mus kenal dari tingkatan 1. Syukur ke hadrat Allah..Mus sempat sampai ke rumahnya biarpun majlis tahlil telahpun selamat diadakan. Mus terlewat kira-kira setengah jam selepas itu. Tetapi sahabat Mus yang ini sangatlah berbesar hati jika Mus dapat hadir ke rumahnya biarpun terlewat. Dengan senang hati Mus pun pergilah ke rumahnya. Setibanya disana,Mus dapat lihat keadaan kenduri yang sudah sampai ke penghujungnya.Okay. Tutup cerita. Hehe.
Eh, Mus nak minta kome semua boleh? Saja-saja je pun. Nak mintak tanya ni. Mana satu header yang paling "OK"?

1

2

3

4

5

6

7

8
Komen lah kalau boleh. Lebih baik. Terima Kasih :D


Alhamdulillah.

Rahsia Surah Al-Kautsar



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Alhamdulillah.

Malu


 السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi

"Dengan nama Tuhan, Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang".
 
Tajuk yang Mus nak sampai kan kali ni ialah "MALU"
 
Rakan-rakan sekalian tahu apakah maksud malu?



 
Disini Mus akan beritahu maksud sebenarnya malu. Malu ialah perasaan dalam jiwa yang tidak sanggup membuat sesuatu yang mendatangkan keburukan serta mengelakkan diri dari terlibat dalam perkara-perkara yang dianggap tidak baik oleh orang ramai.



Dari Imran Bin Husain r.a. Rasulullah SAW telah bersabda : 
" Malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yang baik."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 


Pada pendapat Mus,malu ini telah disalahgunakan oleh sebahagian umat Islam diluar sana terutamanya golongan remaja sama seperti Mus sendiri. “Malu hanya akan mendatangkan sesuatu yang baik.” Sekiranya rakan-rakan malu yang mendatangkan keburukan,mungkin rakan-rakan sudah salah mentafsir maksud malu. Jadi rakan-rakan malu ini macam mana ye?
 


            Dalam Islam, malu yang disuruh adalah malu untuk membuat perkara yang keji, mendapat markah peperiksaan yang teruk dan lain-lain lagi. Rakan-rakan jangan salah faham bagi pengertian malu sehingga membawa kesan buruk seperti malu bertanya kepada guru tentang pelajaran,malu menyuarakan kebenaran dan sebagainya. Untuk pengetahuan rakan-rakan, malu ini seumpama sangat dilarang.Disini Mus nak kongsi cerita,



----------------------------------------------------------------------------------------------------
Mus mempunyai seorang rakan,rakan Mus ini sangat ceria diluar tetapi didalam hatinya, Mus selalunya melihat dia mengeluarkan air mata penyesalan. Tahun lepas dia mengambil PMR dan dia telah mendapat keputusan tidak seperti yang diharapkan. Pelbagai penyesalan yang dilakukan akibat salah menggunakan konsep malu iaitu beliau malu untuk bertanya kepada guru. Akhirnya, dia hampir putus asa untuk hidup dan cuba untuk menyeksa diri.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
            Rentetan kisah tersebut boleh dilihat akibat salah menggunakan konsep malu sehingga membawa padah. Besarkan impaknya rakan-rakan? Kalau yang tadi impak salah menggunakan konsep malu, apatah lagi orang yang tak tahu malu????Begitulah duniawi penuh dengan masalah.Terdapat satu lagi hadis,moh bace.            

عَنْ أَِبي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله
صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ آَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَ ا
شِئْتَ )) رواه البخاري.
Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik olehmanusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)

“Apabila engkau tidak malu buatlah apa yang engkau mahu”. Perintah ini bukanlah bermaksud memberi keizinan melakukan sesuatu yang diingini sesuka hati, tetap adalah sesuatu suruhan yang tersirat didalamnya satu amaran yang keras dan ancaman balasan yang buruk. Tak ubah seperti ayah Mus marah kepada Mus kerana kedegilan Mus.



Disini Mus nak ajak rakan-rakan agar malu ini diterapkan dalam hidup kita kerana malu itu adalah satu cabang kesempurnaan dan keimanan seseorang. Bukan Mus kata yang tak malu itu tiada iman! Tetapi malu itu haruslah bertempat.Semua lelaki mahukan perempuan yang mempunyai sifat malu dan bersopan tetapi kita juga kena sedar bahawa lelaki juga harus memiliki sifat malu.Ingat!!!


            Jadi, Mus nak ajak rakan-rakan Mus supaya pergi ke jalan Mustaqim….Ehh..Bukan nya jalan ke rumah Mus! tetapi ke jalan yang lurus iaitu jalan yang diredhai oleh Allah SWT . InsyaAllah.

 


Kesimpulan kecil :

  • Sifat malu ialah satu cabang bagi kesempurnaan iman.
  • Sifat malu itu dapat menjadikan seseorg bermaruah.
  • Sifat malu adalah asas bagi kemuliaan akhlak individu muslim.
  • Orang malu akan beroleh kebaikan, kemajuan, serta kemuliaan hidup di dunia dan akhirat.
  • Sifat malu bermaksud malu melakukan maksiat bukannya malu dalam menyatakan kebenaran dan mencari ilmu

Sekian sahaja daripada Mohd Mustaqim Hussein

(Muhasabah membawa keinsafan)



(Idea asal : Hamba Allah AA)


Alhamdulillah.

Berusaha ke arah kejayaan


Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh.

            Hari ini,hati berasa senang,perasaan berasa girang,jiwa terasa nyaman.Ini kerana,hari ini,aku terasa aku betul-betul diberi peluang untuk menulis sebuah nota kecil bagi ruangan blog kecil yang serba sederhana ini.

           Alhamdulillah..Hari ini aku masih lagi mampu menghirup oksigen nyaman melalui rongga hidung dan mulut ini.Tinggi ke hadrat Illahi,aku berterima kasih kerana masih hidup setelah diberi pelbagai dugaan dan cubaan.

            Setelah lama aku tidak menghasilkan nota-nota buat blog kecil ini,hari ini,jari jemari terasa amat ingin menekan butang-butang pada laptop pemberian kerajaan Malaysia ini.Baiklah...Kali ini,aku mungkin tidak membuat nota tentang agama.Secara jujurnya,aku tidaklah seorang yang warak dan alim.Tetapi,adakah salah bagiku untuk mengongsikan ilmu yang aku dapat dari blog-blog hebat?



Dari Imam Syafie
“Aku mengadu kepada Imam Waki’ mengenai buruknya hafalanku;beliau memberi petunjuk kepadaku agar meninggalkan maksiat; Beliau berkata : Ketahuilah bahawa ilmu itu cahaya;sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada mereka yang melakukan maksiat”





           Baiklah..Hari ini,aku akan menceritakan segala yang aku tempuhi setakat ini.Aliran sains tidaklah sesenang yang aku jangka.Aku mungkin dapat berkongsi cuma beberapa perkara.Aku akui diriku amat lemah pabila menghadapi dugaan.Aku secara jujurnya mengakui bahawa diriku kadang-kadang mudah berputus asa. Namunku sedar yang nikmat hidup ini cuma sementara.

           Hidup dikalangan pelajar yang pintar amat memerlukan aku untuk bersaing dikalangan mereka. Mereka yang amat mudah untuk memahami pelajaran kadangkala mencabar diriku untuk bersaing secara positif. Masihku ingat bagaimana rakanku, Afifah. Tidak pernah meninggalkan posisi beliau dalam mendapat tempat pertama didalam kelas sejak dari diriku dan dia berumur 13 tahun. Amir pula mengejutkan semua pelajar tingkatan 3A dengan "Late comeback" dengan berusaha cuma dengan setahun. Masihku ingat bagaimana beliau ini dari tingkatan 1 sehingga penghujung tingkatan 2 hanya berbicara tentang permainan video dan maya. Rakanku yang lain, Ayla. Biarpun cumaku kenal pada tahun ini. Namun, dapatku lihat usaha mendadak beliau yang menumpukan pada setiap matapelajaran.Bagi Syukri,yang cukup rapat denganku.Beliau agak kuat bermain dan kadangkala gagal menyiapkan kerja pada masanya,namun apabila keputusan keluar..beliaulah yang kerap disebut dalam mendapat markah yang tinggi. Beliau juga seorang yang berpewatakan menarik dan mempunyai jati diri yang tinggi. Bagi ketua kelasku pula,Puteri..Beliau seorang yang amat bertanggungjawab dalam melakukan tugas. Segala arahan dan kerja yang diperintahankan, dilakukan dengan cukup sempurna. Beliau yang juga tergolong dalam pelajar harapan sekolah berkemungkinan besar untuk mendapat keputusan yang cemerlang pada tahun hadapan.



            Masihku ingat kata-kata kakak Aina Hannani, "sekarang ni 5A 6A pun susah nak masuk Universiti"..Apakah sudah takat semua pelajar mempunyai kepintaran yang melampau membuatkan aku terbatas untuk melanjutkan pelajaran ke Menara Gading? Oh tidak. Aku sudah pun terangan-angan akan aku bergambar dengan ibu bapaku ketika aku mendapat segulung ijazah/master/pHd atau sebagainya sejak aku disekolah rendah lagi.

            "Ya Allah ya tuhanku.Kau permudahkanlah urusanku didunia dan diakhirat.Berilah diriku berjaya didunia dan akhirat.Kau bukakanlah pintu taubatMu buatku.Ampunilah dosa-dosa ibubapaku dan diriku serta seluruh umat Islam diseluruh dunia."

Sekian sahaja dariku.
Muhasabah menginsafkan diri.

Alhamdulillah.

Auratmu



Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh

                Untuk kesekian kalinya,Mus sudah mengupdate blog ini buat kali ke  104 . Ini dianggap sebagai satu kejayaan yang agak membanggakan buat diri Mus sendiri.Tapi…apa tajuk post kali ni..?

                Memang agak sensitive bila disebut pasal aurat. Sama ada lelaki mahupun perempuan,memang ramai yang akan “tersentap” aka “terasa” bila disebut mengenai hal ini. Mengakui diri ini agak lemah kerana turut pernah melakukan hal ini namun Alhamdulillah,Mus hari demi hari cuba memperbaiki diri dan fikiran.

                Sekiranya anda yang disitu, disitu, dan disana (maaf) fikir orang yang berpakaian menutup aurat adalah seorang yang berfikiran kolot. ANDA SALAH SAMA SEKALI. Nak Mus ulang. Ops! Okay. Cukup cukup sudah. Hihi. Tetapi ternyata,mereka berpakaian tidak menututp aurat adalah lebih kurang mahupun sama seperti Arab Jahiliah.

                Maaflah jika dikatakan anda akan kelihatan bodoh sebenarnya dan bukannya kelihatan bagus apabila membuka aurat dengan sewenang-wenangnya. Perempuan yang menunjukkan rambut dan berpakaian ketat adalah lebih teruk rupanya apabila dibandingkan dengan monyet dihutan. Maafkan saya. Cubalah anda fikirkan sejenak. Alangkah nikmatnya apabila lelaki (selain adik beradik dan bapa dan datuk) pertama yang melihat aurat anda adalah suami anda yang sah. Ya. Seterusnya anak-anak anda dan cucumu. Bayangkanlah indahnya perkara tersebut. Ini belum lagi disentuh mengenai sentuh-menyentuh ye -__-

                Lelaki pula, pakailah pakaian yang kamu suka. Cuma lutut hingga pusat SAHAJA. Ini boleh diketogorikan sebagai dua benda sahaja…. PEHA dan KEMALUAN. Bukannya susah..Bukan. Fikirkan lah..Wahai kawan,kaum sahabat adam,teman temanku…fikirkan…bukannya anda terpaksa mati untuk menutup aurat pun.

                Istighfarlah, Insaflah, Bertaubatlah dan Renung-renungkanlah… Jika tidak mampu melakukannya secara mendadak,cuba lakukan secara “slow-slow”. Islam tidak pernah menyusahkan dan cuma kamu,kamu dan kamu (maafkan saya) saja yang menyusahkan perkara-perkara Islam.

                Sekian sahaja daripada saya,Mohd Mustaqim Bin Hussein..


Alhamdulillah.

25 JUN - Suprise Birthday Party for Sir Khoong

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?Sihat tak.Hari ni mus nak ceritalah satu pengalaman hari ini.Yelah,25hb JUN 2012.Tahu ke? ( Ye. Mus tahu pendahuluan yang tak best -,- ). Tapi cool okay? Mus nak gunakan cara santai pada setiap post Mus kali ni.
Hari ni,sepatutnya hari Le’ Me adalah seperti biasa tetapi hari ni agak lain kerana Kakak Le’ Me yang ketiga ingin menghantar Le’ Me ke sekolah.Tidaklah seberapa lewat seperti biasa.Hari ni macam biasa,benda yang agak kurang bertolak ansur dengan setiap pelajar sekolah yang digelar “perhimpunan”.. Le’ Me seperti biasa,cuba bertolak ansur dengannya dengan cara shut up&cool.Hari ni ada pelancaran pemberian buku hasil karya cikgu Razali Saaran.Beliau diberi tepukan yang agak gemuruh dari semua yang ada disitu oleh sebab kejayaannya menghasilkan buku yang bertajuk “Nota Hati Buat Pelajar”.Selepas itu,guru besar memperkenalkan beberapa guru pelatih yang kelihatannya berjaya mencuri hati beberapa jejaka “pelajar sekolah” dengan rupa paras yang menarik.Cuma agak mengujakan Le’ Me,guru yang itu..ditakdirkan mengajar pendidikan khas.Sangat amat terlampau gila-gila melepaslah mereka semua.Agak jelas nada kecewa mereka dengan mengeluh “aaaaaaaahhhhhhhhhh..’’.Pada waktu ketiga pelajaran,Puteri dan da’ gang dah pun plan nak adakan surprise party untuk bapak mereka,”Sir Khoong”.Haha.Ada 3 hadiah yang rata-ratanya dihasilkan oleh duit kami semua.Kek pula dihasilkan handmade by Puteri khairunnisa zafirah.hewhew. That’s all today.

Antara hadiah-hadiahnya :
idea syukri yg xberapa bernas.

Dua biji battery eveready.



jam.
Le’ Me adalah merujuk kepada Mohd Mustaqim iaitu Mus aka saya sendiri.

Alhamdulillah.

Mahukan font-font yang menarik?

Assalamualaikum.

Cuba lihat digambar-gambar yang terdapatnya font yang menarik.Anda juga mampu melakukannya.
Mus nak bantu korang untuk tambah font yang dapat digunakan di Microsoft Word,Paint dan sebagainya.



Syarat-syaratnya cuma :-

1)Komputer riba/Desktop
2)Secawan air dan sebungkus jajan
3)Windows Vista,Windows 7 atau sebaya dengannya
4)Sambungan jalur lebar (Internet)
5)Tekan link ini http://www.dafont.com/
6)Pilih jenis.
7)Unrar
8)Install
9)Siap!

*Pastikan anda mempunyai WinRar atau WinZip terlebih dahulu*


Alhamdulillah.

Keputusan Peperiksaan

Klik untuk paparan yang lebih jelas.



Alhamdulillah.

Jom Hapuskan Dosa!



Alhamdulillah.

Laa Haula Wa Laa Quwwata Illa Billaah



Alhamdulillah.

Alam semesta kepunyaan Allah SWT


Dan kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan apa yang di 

bumi. Cukuplah Allah sebagai Pemelihara. ﴾ An Nisaa:132 ﴿





Kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan yang di bumi. 

Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha 

Terpuji. ﴾ Luqman:26 ﴿







Alhamdulillah.

innaa lillahi wa in naa ilahi roji'un





Terjemahannya, “Sesungguhnya kita semuanya adalah milik Allah dan kepadanya kita akan kembali“.Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "innaa lillahi wa in naa ilahi roji'un". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (al-Baqarah 155-157)

Ramai yang hanya akan menyebut "innaa lillahi wa in naa ilahi roji'un" apabila menerima berita kematian, tetapi menerusi ayat ini dapatlah kita fahami bahawa kita dianjurkan untuk mengucapkan kalimah ini apabila menerima apa jua berita tidak baik seperti kesusahan atau kemalangan atau kesakitan.

Alhamdulillah.

Nasihat Syeikh Ali Tantawi

Assalamualaikum.

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.


Alhamdulillah.

Selamat Hari Jadi.

Handmake :*






Biarlah kau tak perasan post ni.Tetapi aku buat sebagai kawan :)




Alhamdulillah.

Kisah Pemilihan Sultan Mohd Al-Fateh sebagai Imam

Assalamualaikum

        Masih ingatkah anda pada kisah Sultan Muhammad Al-Fateh?



Latar belakang beliau..


Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (855 – 886H / 451 – 1481M). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal 886 bersamaan dengan 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda diracun. 

Keperibadian beliau..



Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis.
Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda..

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ini lebih jelas mengenai Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera


Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.

Benteng Rumali Hisari
Selat Bosphorus dari Satelit


Alhamdulillah.