Berusaha ke arah kejayaan


Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh.

            Hari ini,hati berasa senang,perasaan berasa girang,jiwa terasa nyaman.Ini kerana,hari ini,aku terasa aku betul-betul diberi peluang untuk menulis sebuah nota kecil bagi ruangan blog kecil yang serba sederhana ini.

           Alhamdulillah..Hari ini aku masih lagi mampu menghirup oksigen nyaman melalui rongga hidung dan mulut ini.Tinggi ke hadrat Illahi,aku berterima kasih kerana masih hidup setelah diberi pelbagai dugaan dan cubaan.

            Setelah lama aku tidak menghasilkan nota-nota buat blog kecil ini,hari ini,jari jemari terasa amat ingin menekan butang-butang pada laptop pemberian kerajaan Malaysia ini.Baiklah...Kali ini,aku mungkin tidak membuat nota tentang agama.Secara jujurnya,aku tidaklah seorang yang warak dan alim.Tetapi,adakah salah bagiku untuk mengongsikan ilmu yang aku dapat dari blog-blog hebat?



Dari Imam Syafie
“Aku mengadu kepada Imam Waki’ mengenai buruknya hafalanku;beliau memberi petunjuk kepadaku agar meninggalkan maksiat; Beliau berkata : Ketahuilah bahawa ilmu itu cahaya;sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada mereka yang melakukan maksiat”





           Baiklah..Hari ini,aku akan menceritakan segala yang aku tempuhi setakat ini.Aliran sains tidaklah sesenang yang aku jangka.Aku mungkin dapat berkongsi cuma beberapa perkara.Aku akui diriku amat lemah pabila menghadapi dugaan.Aku secara jujurnya mengakui bahawa diriku kadang-kadang mudah berputus asa. Namunku sedar yang nikmat hidup ini cuma sementara.

           Hidup dikalangan pelajar yang pintar amat memerlukan aku untuk bersaing dikalangan mereka. Mereka yang amat mudah untuk memahami pelajaran kadangkala mencabar diriku untuk bersaing secara positif. Masihku ingat bagaimana rakanku, Afifah. Tidak pernah meninggalkan posisi beliau dalam mendapat tempat pertama didalam kelas sejak dari diriku dan dia berumur 13 tahun. Amir pula mengejutkan semua pelajar tingkatan 3A dengan "Late comeback" dengan berusaha cuma dengan setahun. Masihku ingat bagaimana beliau ini dari tingkatan 1 sehingga penghujung tingkatan 2 hanya berbicara tentang permainan video dan maya. Rakanku yang lain, Ayla. Biarpun cumaku kenal pada tahun ini. Namun, dapatku lihat usaha mendadak beliau yang menumpukan pada setiap matapelajaran.Bagi Syukri,yang cukup rapat denganku.Beliau agak kuat bermain dan kadangkala gagal menyiapkan kerja pada masanya,namun apabila keputusan keluar..beliaulah yang kerap disebut dalam mendapat markah yang tinggi. Beliau juga seorang yang berpewatakan menarik dan mempunyai jati diri yang tinggi. Bagi ketua kelasku pula,Puteri..Beliau seorang yang amat bertanggungjawab dalam melakukan tugas. Segala arahan dan kerja yang diperintahankan, dilakukan dengan cukup sempurna. Beliau yang juga tergolong dalam pelajar harapan sekolah berkemungkinan besar untuk mendapat keputusan yang cemerlang pada tahun hadapan.



            Masihku ingat kata-kata kakak Aina Hannani, "sekarang ni 5A 6A pun susah nak masuk Universiti"..Apakah sudah takat semua pelajar mempunyai kepintaran yang melampau membuatkan aku terbatas untuk melanjutkan pelajaran ke Menara Gading? Oh tidak. Aku sudah pun terangan-angan akan aku bergambar dengan ibu bapaku ketika aku mendapat segulung ijazah/master/pHd atau sebagainya sejak aku disekolah rendah lagi.

            "Ya Allah ya tuhanku.Kau permudahkanlah urusanku didunia dan diakhirat.Berilah diriku berjaya didunia dan akhirat.Kau bukakanlah pintu taubatMu buatku.Ampunilah dosa-dosa ibubapaku dan diriku serta seluruh umat Islam diseluruh dunia."

Sekian sahaja dariku.
Muhasabah menginsafkan diri.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Komen?