Malu


 السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi

"Dengan nama Tuhan, Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang".
 
Tajuk yang Mus nak sampai kan kali ni ialah "MALU"
 
Rakan-rakan sekalian tahu apakah maksud malu?



 
Disini Mus akan beritahu maksud sebenarnya malu. Malu ialah perasaan dalam jiwa yang tidak sanggup membuat sesuatu yang mendatangkan keburukan serta mengelakkan diri dari terlibat dalam perkara-perkara yang dianggap tidak baik oleh orang ramai.



Dari Imran Bin Husain r.a. Rasulullah SAW telah bersabda : 
" Malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yang baik."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 


Pada pendapat Mus,malu ini telah disalahgunakan oleh sebahagian umat Islam diluar sana terutamanya golongan remaja sama seperti Mus sendiri. “Malu hanya akan mendatangkan sesuatu yang baik.” Sekiranya rakan-rakan malu yang mendatangkan keburukan,mungkin rakan-rakan sudah salah mentafsir maksud malu. Jadi rakan-rakan malu ini macam mana ye?
 


            Dalam Islam, malu yang disuruh adalah malu untuk membuat perkara yang keji, mendapat markah peperiksaan yang teruk dan lain-lain lagi. Rakan-rakan jangan salah faham bagi pengertian malu sehingga membawa kesan buruk seperti malu bertanya kepada guru tentang pelajaran,malu menyuarakan kebenaran dan sebagainya. Untuk pengetahuan rakan-rakan, malu ini seumpama sangat dilarang.Disini Mus nak kongsi cerita,



----------------------------------------------------------------------------------------------------
Mus mempunyai seorang rakan,rakan Mus ini sangat ceria diluar tetapi didalam hatinya, Mus selalunya melihat dia mengeluarkan air mata penyesalan. Tahun lepas dia mengambil PMR dan dia telah mendapat keputusan tidak seperti yang diharapkan. Pelbagai penyesalan yang dilakukan akibat salah menggunakan konsep malu iaitu beliau malu untuk bertanya kepada guru. Akhirnya, dia hampir putus asa untuk hidup dan cuba untuk menyeksa diri.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
            Rentetan kisah tersebut boleh dilihat akibat salah menggunakan konsep malu sehingga membawa padah. Besarkan impaknya rakan-rakan? Kalau yang tadi impak salah menggunakan konsep malu, apatah lagi orang yang tak tahu malu????Begitulah duniawi penuh dengan masalah.Terdapat satu lagi hadis,moh bace.            

عَنْ أَِبي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله
صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ آَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَ ا
شِئْتَ )) رواه البخاري.
Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik olehmanusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)

“Apabila engkau tidak malu buatlah apa yang engkau mahu”. Perintah ini bukanlah bermaksud memberi keizinan melakukan sesuatu yang diingini sesuka hati, tetap adalah sesuatu suruhan yang tersirat didalamnya satu amaran yang keras dan ancaman balasan yang buruk. Tak ubah seperti ayah Mus marah kepada Mus kerana kedegilan Mus.



Disini Mus nak ajak rakan-rakan agar malu ini diterapkan dalam hidup kita kerana malu itu adalah satu cabang kesempurnaan dan keimanan seseorang. Bukan Mus kata yang tak malu itu tiada iman! Tetapi malu itu haruslah bertempat.Semua lelaki mahukan perempuan yang mempunyai sifat malu dan bersopan tetapi kita juga kena sedar bahawa lelaki juga harus memiliki sifat malu.Ingat!!!


            Jadi, Mus nak ajak rakan-rakan Mus supaya pergi ke jalan Mustaqim….Ehh..Bukan nya jalan ke rumah Mus! tetapi ke jalan yang lurus iaitu jalan yang diredhai oleh Allah SWT . InsyaAllah.

 


Kesimpulan kecil :

  • Sifat malu ialah satu cabang bagi kesempurnaan iman.
  • Sifat malu itu dapat menjadikan seseorg bermaruah.
  • Sifat malu adalah asas bagi kemuliaan akhlak individu muslim.
  • Orang malu akan beroleh kebaikan, kemajuan, serta kemuliaan hidup di dunia dan akhirat.
  • Sifat malu bermaksud malu melakukan maksiat bukannya malu dalam menyatakan kebenaran dan mencari ilmu

Sekian sahaja daripada Mohd Mustaqim Hussein

(Muhasabah membawa keinsafan)



(Idea asal : Hamba Allah AA)


Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Komen?