Hutang

Assalamualaikum.

            Adakah anda semua sihat. Kalau sihat,ucapkanlah Alhamdulillah. Sepatah perkataan yang mudah di ucap tetapi penuh makna yang mendalam.

           Baiklah. Topik yang akan Mus bincangkan hari ini ialah Hutang. Mus pernah dengar yang , kalau siapa yang tidak membayar hutangnya semasa didunia, maka dia haruslah mencari orang itu di akhirat kelak dalam keadaan yang huru hara. Baiklah. Hutang bermaksud,


1.  wang dan lain-lain yang dipinjam daripada orang lain
Ayat: jangan-jangan hutang itu tak terbayar lagi; belian (jualan) hutang belian (jualan) yang bayarannya ditangguhkan; membayar hutang mengembalikan wang dan lain-lain yang dipinjam dari orang lain; memberi hutang memberi pinjaman wang; menagih hutang memungut (menuntut kembali) wang yang dipinjamkan; mendapat hutang mendapat pinjaman wang;
2.     kewajipan (perasaan berkewajipan) membayar balik sesuatu yang diterima
3.     hutang bercagar hutang yang diberikan dengan si berhutang mencagarkan sesuatu (seperti barang-barang kemas, rumah, tanah, dan sebagainya)
hutang budi kebaikan yang diperoleh dan yang harus dibalas
hutang darah tuntutan bela (atau bayaran) terhadap seseorang (pihak dan lain-lain) yang telah melakukan kekejaman dan lain-lain
hutang lapuk hutang yang tidak berbayar
hutang piutang (wang) yang dipinjam dari dan yang dipinjamkan kepada orang lain, berbagai-bagai hutang
hutang (di) sekeliling pinggang terlalu banyak hutang
surat hutang surat pengakuan hutang
4.   hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh tiba pula hutang hutang samir belum langsai, hutang kajang datang pula hutang hutang tembilang belum langsai, hutang tajak tiba pula peribahasa hutang yang lama masih belum habis dibayar datang pula orang menagih hutang yang baru
hutang sebelit (selilit) pinggang hutang hutang tiap helai bulu hutang sebanyak hutang si Jibun peribahasa seseorang yang sangat banyak hutangnya
5.    hutang berbaris bahasa percakapan berhutang banyak-banyak (daripada berbagai-bagai punca)
hutang budi menerima kebaikan orang lain (wajib membalas kebaikan orang)
hutang nyawa terselamat hidupnya (terselamat oleh pertolongan orang)
6.     terhutang sudah berhutang
7.     hutang budi sudah menerima kebaikan orang (tetapi belum berbalas)

Hukum orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang.

Soalan

Saya adalah seorang penjamin kedua bagi rakan sepejabat saya untuk pinjaman peribadinya dengan sebuah bank, manakala kakak iparnya adalah penjamin pertama.

Kini rakan saya itu telah berpisah dengan isterinya dan mengesyaki kakak iparnya sebagai dalang. Jadi untuk membalas dendam kepada kakak iparnya, dia telah tidak membayar hutangnya dengan sengaja walaupun dia sangat mampu membayarnya.

Kini pihak bank telah menghantar surat untuk mengambil tindakan keatas penjamin-penjaminnya termasuk saya. Apakah hukum orang yang sengaja tidak mahu mem-bayar hutang?. Bagaimanakah dengan amalannya?. Apakah hukum menganiayakan orang yang telah membantunya dengan ikhlas?.



Jawapan

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

    i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
    ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.
    iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
    iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.
  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)

(Riwayat Ibnu Majah)


 Sabda Rasul S.A.W.
  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
  (Riwayat Baihaqi)

Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor
(depetik dari http://opzaney.wordpress.com/2007/06/21/hukum-orang-yang-sengaja-tidak-mahu-membayar-hutang/)

*kepada mungkin sesiapa yang berkata, "ah,bosannya baca blog ni.panjang sangat,benda remeh pun nak dipanjangkan".Cuba berfikir sejenak, dimana ilmu dapat diterima, di blog yang penuh cerita tentang kehidupan harian seorang gadis,atau blog buruk ini? senyum selalu.
Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Komen?