Valentine.

Assalamualaikum.


        Jangan terkejut atau marah dengan tajuk post kali ni. Cuba jangan buat andaian atau apa-apa sebelum baca sepenuhnya post ni. Kali ni Mus cuba untuk mempertengahkan persoalan yang bermain di fikiran. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan Valentine.


       Mus cukup pasti dan cukup yakin bahawa ada segelintir yang menganggapnya sebagai hari kekasih.Oh,jangan sesekali berfikiran begitu.Hari kekasih kita sebagai umat Islam adalah pada Maulidur Rasul.Baiklah,Satu demi satu budaya kita cuba dihapuskan mereka dan satu demi satu mereka cuba membawa budaya mereka menjajah kotak pemikiran umat Islam.


       Mus bukanlah seorang Ustaz dan juga bukanlah seorang ulama' untuk menunjuk-nunjuk dan melantangkan suara untuk menentang budaya yang kian menular dikalangan remaja yang mungkin sebaya dengan Mus.Mus cumalah seorang penulis blogger yang ingin mengembalikan balik jiwa dan pandangan remaja terhadap budaya menyambut hari 'valentine'.


        Tidak dinafikan yang cinta itu datang dan hadir seawal usia 12 atau 13 tahun.Tatkala kotak pemikiran cuba beralih dari dunia seorang kanak-kanak ke dunia remaja.Memang Mus tidak menyalahkan remaja yang bercinta , dan ada yang terfikir ingin meneruskan perhubungan ke jinjang pelamin.Ia tidak menjadi kesalahan. Tetapi apa yang menjadi kesalahan ialah,apabila mereka menyambut hari 'valentine' iaitu disebut sebagai hari kekasih.


        Jelas sekali,menyambutnya adalah HARAM disisi agama Islam.Kekasih kita adalah Junjungan Nabi Muhammad SAW dan ibu serta ayah kita.Rakyat kita dan saudara-saudara kita kini telah mula terpesong dengan ikutan budaya barat.


         Akhir sekali,seruan saya sebagai Makhluk ciptaan Allah swt di muka bumi ini,marilah rakan-rakan ataupun pembaca ruangan blog ini yang mungkin berniat meraikan hari 'valentine' ini supaya membatalkan niat anda.Sejujurnya,saya bukanlah seseorang yang alim dan wara' , tetapi, seharusnya kita bersama-sama berdakwah di muka bumi ini.Jangan sesekali kita membiarkan Islam ditindas.


Yang baik datangnya dari Allah swt dan yang buruk datangnya dari diri saya sendiri.Terima Kasih.


Assalamualaikum.


Oleh : Mohammad Mustaqim
Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Komen?