Berusaha ke arah kejayaan
Assalamualaikum
warohmatullah hiwabarokatuh.
Hari
ini,hati berasa senang,perasaan berasa girang,jiwa terasa nyaman.Ini
kerana,hari ini,aku terasa aku betul-betul diberi peluang untuk menulis sebuah
nota kecil bagi ruangan blog kecil yang serba sederhana ini.
Alhamdulillah..Hari
ini aku masih lagi mampu menghirup oksigen nyaman melalui rongga hidung dan
mulut ini.Tinggi ke hadrat Illahi,aku berterima kasih kerana masih hidup
setelah diberi pelbagai dugaan dan cubaan.
Setelah
lama aku tidak menghasilkan nota-nota buat blog kecil ini,hari ini,jari jemari
terasa amat ingin menekan butang-butang pada laptop pemberian kerajaan Malaysia
ini.Baiklah...Kali ini,aku mungkin tidak membuat nota tentang agama.Secara
jujurnya,aku tidaklah seorang yang warak dan alim.Tetapi,adakah salah bagiku
untuk mengongsikan ilmu yang aku dapat dari blog-blog hebat?
Dari Imam Syafie
“Aku mengadu kepada Imam Waki’ mengenai buruknya hafalanku;beliau memberi petunjuk kepadaku agar meninggalkan maksiat; Beliau berkata : Ketahuilah bahawa ilmu itu cahaya;sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada mereka yang melakukan maksiat”
Baiklah..Hari ini,aku akan menceritakan segala yang aku tempuhi setakat ini.Aliran sains tidaklah sesenang yang aku jangka.Aku mungkin dapat berkongsi cuma beberapa perkara.Aku akui diriku amat lemah pabila menghadapi dugaan.Aku secara jujurnya mengakui bahawa diriku kadang-kadang mudah berputus asa. Namunku sedar yang nikmat hidup ini cuma sementara.
Hidup
dikalangan pelajar yang pintar amat memerlukan aku untuk bersaing dikalangan
mereka. Mereka yang amat mudah untuk memahami pelajaran kadangkala mencabar
diriku untuk bersaing secara positif. Masihku ingat bagaimana rakanku, Afifah.
Tidak pernah meninggalkan posisi beliau dalam mendapat tempat pertama didalam
kelas sejak dari diriku dan dia berumur 13 tahun. Amir pula mengejutkan semua
pelajar tingkatan 3A dengan "Late
comeback" dengan berusaha cuma dengan setahun. Masihku ingat bagaimana beliau ini dari tingkatan 1
sehingga penghujung tingkatan 2 hanya berbicara tentang permainan video dan
maya. Rakanku yang lain, Ayla. Biarpun cumaku kenal pada tahun ini. Namun,
dapatku lihat usaha mendadak beliau yang menumpukan pada setiap
matapelajaran.Bagi Syukri,yang cukup rapat denganku.Beliau agak kuat bermain
dan kadangkala gagal menyiapkan kerja pada masanya,namun apabila keputusan
keluar..beliaulah yang kerap disebut dalam mendapat markah yang tinggi. Beliau
juga seorang yang berpewatakan menarik dan mempunyai jati diri yang tinggi.
Bagi ketua kelasku pula,Puteri..Beliau seorang yang amat bertanggungjawab dalam
melakukan tugas. Segala arahan dan kerja yang diperintahankan, dilakukan dengan
cukup sempurna. Beliau yang juga tergolong dalam pelajar harapan sekolah
berkemungkinan besar untuk mendapat keputusan yang cemerlang pada tahun
hadapan.
Masihku
ingat kata-kata kakak Aina Hannani, "sekarang ni 5A 6A pun susah nak masuk
Universiti"..Apakah sudah takat semua pelajar mempunyai kepintaran yang
melampau membuatkan aku terbatas untuk melanjutkan pelajaran ke Menara Gading?
Oh tidak. Aku sudah pun terangan-angan akan aku bergambar dengan ibu bapaku
ketika aku mendapat segulung ijazah/master/pHd atau sebagainya sejak aku
disekolah rendah lagi.
"Ya Allah ya tuhanku.Kau
permudahkanlah urusanku didunia dan diakhirat.Berilah diriku berjaya didunia
dan akhirat.Kau bukakanlah pintu taubatMu buatku.Ampunilah dosa-dosa ibubapaku
dan diriku serta seluruh umat Islam diseluruh dunia."
Sekian sahaja dariku.
Muhasabah
menginsafkan diri.
Auratmu
Assalamualaikum warahmatullah
hiwabarokatuh
Untuk kesekian kalinya,Mus sudah
mengupdate blog ini buat kali ke 104 . Ini dianggap sebagai satu kejayaan
yang agak membanggakan buat diri Mus sendiri.Tapi…apa tajuk post kali ni..?
Memang agak sensitive bila
disebut pasal aurat. Sama ada lelaki mahupun perempuan,memang ramai yang akan “tersentap”
aka “terasa” bila disebut mengenai hal ini. Mengakui diri ini agak lemah kerana
turut pernah melakukan hal ini namun Alhamdulillah,Mus hari demi hari cuba
memperbaiki diri dan fikiran.
Sekiranya anda yang disitu,
disitu, dan disana (maaf) fikir orang yang berpakaian menutup aurat adalah
seorang yang berfikiran kolot. ANDA SALAH SAMA SEKALI. Nak Mus ulang. Ops!
Okay. Cukup cukup sudah. Hihi. Tetapi ternyata,mereka berpakaian tidak menututp
aurat adalah lebih kurang mahupun sama seperti Arab Jahiliah.
Maaflah jika dikatakan anda akan
kelihatan bodoh sebenarnya dan bukannya kelihatan bagus apabila membuka aurat
dengan sewenang-wenangnya. Perempuan yang menunjukkan rambut dan berpakaian
ketat adalah lebih teruk rupanya apabila dibandingkan dengan monyet dihutan.
Maafkan saya. Cubalah anda fikirkan sejenak. Alangkah nikmatnya apabila lelaki
(selain adik beradik dan bapa dan datuk) pertama yang melihat aurat anda adalah
suami anda yang sah. Ya. Seterusnya anak-anak anda dan cucumu. Bayangkanlah
indahnya perkara tersebut. Ini belum lagi disentuh mengenai sentuh-menyentuh ye
-__-
Lelaki pula, pakailah pakaian
yang kamu suka. Cuma lutut hingga pusat SAHAJA. Ini boleh diketogorikan sebagai
dua benda sahaja…. PEHA dan KEMALUAN. Bukannya susah..Bukan. Fikirkan
lah..Wahai kawan,kaum sahabat adam,teman temanku…fikirkan…bukannya anda
terpaksa mati untuk menutup aurat pun.
Istighfarlah, Insaflah,
Bertaubatlah dan Renung-renungkanlah… Jika tidak mampu melakukannya secara
mendadak,cuba lakukan secara “slow-slow”.
Islam tidak pernah menyusahkan dan cuma kamu,kamu dan kamu (maafkan saya) saja
yang menyusahkan perkara-perkara Islam.
Sekian sahaja daripada saya,Mohd
Mustaqim Bin Hussein..
25 JUN - Suprise Birthday Party for Sir Khoong
Assalamualaikum.
Apa khabar semua?Sihat tak.Hari
ni mus nak ceritalah satu pengalaman hari ini.Yelah,25hb JUN 2012.Tahu ke? (
Ye. Mus tahu pendahuluan yang tak best -,- ). Tapi cool okay? Mus nak gunakan
cara santai pada setiap post Mus kali ni.
Hari ni,sepatutnya hari Le’ Me adalah seperti biasa tetapi hari
ni agak lain kerana Kakak Le’ Me yang
ketiga ingin menghantar Le’ Me ke sekolah.Tidaklah
seberapa lewat seperti biasa.Hari ni macam biasa,benda yang agak kurang
bertolak ansur dengan setiap pelajar sekolah yang digelar “perhimpunan”.. Le’ Me seperti biasa,cuba bertolak
ansur dengannya dengan cara shut up&cool.Hari
ni ada pelancaran pemberian buku hasil karya cikgu Razali Saaran.Beliau diberi
tepukan yang agak gemuruh dari semua yang ada disitu oleh sebab kejayaannya
menghasilkan buku yang bertajuk “Nota Hati Buat Pelajar”.Selepas itu,guru besar
memperkenalkan beberapa guru pelatih yang kelihatannya berjaya mencuri hati
beberapa jejaka “pelajar sekolah” dengan rupa paras yang menarik.Cuma agak
mengujakan Le’ Me,guru yang
itu..ditakdirkan mengajar pendidikan khas.Sangat amat terlampau gila-gila
melepaslah mereka semua.Agak jelas nada kecewa mereka dengan mengeluh “aaaaaaaahhhhhhhhhh..’’.Pada
waktu ketiga pelajaran,Puteri dan da’
gang dah pun plan nak adakan surprise
party untuk bapak mereka,”Sir Khoong”.Haha.Ada
3 hadiah yang rata-ratanya dihasilkan oleh duit kami semua.Kek pula dihasilkan handmade by Puteri khairunnisa zafirah.hewhew.
That’s all today.
Antara hadiah-hadiahnya :
![]() |
idea syukri yg xberapa bernas. |
Dua biji battery eveready. |
jam. |
Le’ Me adalah merujuk kepada Mohd Mustaqim iaitu Mus aka saya sendiri.
Mahukan font-font yang menarik?
Assalamualaikum.
Cuba lihat digambar-gambar yang terdapatnya font yang menarik.Anda juga mampu melakukannya.
Mus nak bantu korang untuk tambah font yang dapat digunakan di Microsoft Word,Paint dan sebagainya.
Syarat-syaratnya cuma :-
1)Komputer riba/Desktop
2)Secawan air dan sebungkus jajan
3)Windows Vista,Windows 7 atau sebaya dengannya
4)Sambungan jalur lebar (Internet)
5)Tekan link ini http://www.dafont.com/
6)Pilih jenis.
7)Unrar
8)Install
9)Siap!
*Pastikan anda mempunyai WinRar atau WinZip terlebih dahulu*
Alam semesta kepunyaan Allah SWT
Dan kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan apa yang di
bumi. Cukuplah Allah sebagai Pemelihara. ﴾ An Nisaa:132 ﴿
Kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan yang di bumi.
Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha
Terpuji. ﴾ Luqman:26 ﴿
innaa lillahi wa in naa ilahi roji'un
Terjemahannya, “Sesungguhnya kita semuanya adalah milik Allah dan kepadanya kita akan kembali“.Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "innaa lillahi wa in naa ilahi roji'un". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (al-Baqarah 155-157)
Ramai yang hanya akan menyebut "innaa lillahi wa in naa ilahi roji'un" apabila menerima berita kematian, tetapi menerusi ayat ini dapatlah kita fahami bahawa kita dianjurkan untuk mengucapkan kalimah ini apabila menerima apa jua berita tidak baik seperti kesusahan atau kemalangan atau kesakitan.
Kisah Pemilihan Sultan Mohd Al-Fateh sebagai Imam
Assalamualaikum
Masih ingatkah anda pada kisah Sultan Muhammad Al-Fateh?Latar belakang beliau..
Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (855 – 886H / 451 – 1481M). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal 886 bersamaan dengan 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda diracun.
Keperibadian beliau..
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis.
Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda..
Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Ini lebih jelas mengenai Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.
![]() |
Benteng Rumali Hisari![]()
Selat Bosphorus dari Satelit
|
Tahlil
Assalamualaikum
Pada 1 Jun, cukuplah setahun pemergian Allahyarhamah Makcik Mus,iaitu kakak kepada emak.
Beliau kembali ke rahmatullah pada 1 Jun 2011.Beliau mengidup penyakit yang menyebabkan beliau terlantar dihospital buat masa yang lama.Dan turut menghembuskan nafas beliau yang terakhir di Hospital Tuanku Jaafar ,Seremban.
![]() |
Bukan gambar sebenar |
Alhamdulillah ,hari yang agak segan ini berakhir dengan sempurna.
Khas kepada pasangan bercinta
Assalamualaikum.
Saya tujukan gambar ini khas kepada pasangan "berdating" tanpa ikatan sah di Pavilion ,di Midvalley , di Terminal One , di seluruh Malaysia dan seluruh pelusuk dunia . Diharap , gambar ini bakal menyentap hati dan perasaan anda , seterusnya membatalkan niat anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)