Jom Bersabar

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh.

Sifat sabar seharusnya ditanamkan dalam diri dan jiwa setiap Muslim sebagai menifestasi iman. Secara ringkas, sabar bermaksud tahan menerima penderitaan yang tidak disenangi dengan reda dan menyerahkan diri kepada Allah SWT.


Menurut pandangan ahli falsafah Islam, penerapan sifat sabar terdiri daripada lima aspek:



1 Sabar dalam ibadah. 

Tekun melaksanakan segala perintah Allah dengan ikhlas dan penuh ketaatan seperti solat,puasa,zakat,haji, dan amal-amal ibadah lain yang dituntut oleh Islam.


2 Sabar ketika mendapat sesuatu bala dan bencana.

Allah SWT sentiasa menguji hamba-Nya dengan pelbagai kesulitan, penderitaan, bala dan bencana.


3 Sabar terhadap maksiat.


Menahan diri untuk menghindarkan daripada melakukan segala perbuatan jahat yang didorong oleh hawa nafsu yang boleh menjerumuskan seseorang ke lembah kehinaan dan kemurkaan Allah.


4 Sabar terhadapa pengaruh duniawai.

Islam menggariskan bahawa umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan kenikmatan dunia yang sementara sehingga boleh melalaikan kepentingan hidup di akhirat.


5 Sabar dalam perjuangan.

Tidak berputus asa dan memperkuatkan kembali sdegala kekurangan dan kelemahan atau kegagalan dijadikan pengajaran.





Dengan kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini,sama-samalah kita memenuhkan masjid,membasahkan bibir dengan zikrullah dan menahan hawa nafsu supaya bersabar!
Wallahuaklam.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!
Alhamdulillah.

Amalkan Akhlak Mulia


MARI BERINGAT!


Untuk menjalani kehidupan yang tenang dan seterusnya dapat melakukan ibadah dengan aman,kita amat digalakkan supaya mengamalkan akhlak mulia.
Amalkan :



1 Bersikap benar dan amanah.Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling berasa selesa dengan kejujuran kita.

2 Menjaga maruah diri. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling menghormati pegangan agama kita.

3 Bersabar ketika menghadapi kesusahan. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling sentiasa berlapang dada membantu kita.

4 Menepati dan menunaikan janji. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling percaya dan menghormati pandangan kita.

 5 Berani dan pemurah. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling sentiasa bersama kita dalam susah mahupun senang.

6 Berlemah lembut dengan makhluk lain. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling berasa selesa di samping kita.

7 Berasa mulia dengan keimanan. Amalakna sebaik mungkin supaya orang sekeliling menghormati dan menghargai bahawa Islam itu indah.

Alhamdulillah.