Selamat Hari Jadi.

Handmake :*






Biarlah kau tak perasan post ni.Tetapi aku buat sebagai kawan :)




Alhamdulillah.

Kisah Pemilihan Sultan Mohd Al-Fateh sebagai Imam

Assalamualaikum

        Masih ingatkah anda pada kisah Sultan Muhammad Al-Fateh?



Latar belakang beliau..


Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (855 – 886H / 451 – 1481M). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal 886 bersamaan dengan 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda diracun. 

Keperibadian beliau..



Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis.
Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda..

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ini lebih jelas mengenai Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera


Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.

Benteng Rumali Hisari
Selat Bosphorus dari Satelit


Alhamdulillah.

Tahlil

Assalamualaikum

         Pada 1 Jun, cukuplah setahun pemergian Allahyarhamah Makcik Mus,iaitu kakak kepada emak.
Beliau kembali ke rahmatullah pada 1 Jun 2011.Beliau mengidup penyakit yang menyebabkan beliau terlantar dihospital buat masa yang lama.Dan turut menghembuskan nafas beliau yang terakhir di Hospital Tuanku Jaafar ,Seremban.


Bukan gambar sebenar



     Pada hari semalam,pada waktu petang Mus dan Ibu Mus berangkat ke rumah anak perempuan Arwah di Garden City House di Seremban 2.Tahlil berikutnya dilakukan di Surau At-Taqwa berdekatan situ.Kelihatan ramai orang-orang kaya yang masih hadir ke masjid biarpun hari itu hari Jumaat.Orang-orang kaya disini bukanlah seperti yang digambarkan dalam television mahupun drama melayu. 
     Alhamdulillah ,hari yang agak segan ini berakhir dengan sempurna.

Alhamdulillah.

Khas kepada pasangan bercinta

Assalamualaikum.


Saya tujukan gambar ini khas kepada pasangan "berdating" tanpa ikatan sah di Pavilion ,di Midvalley , di Terminal One , di seluruh Malaysia dan seluruh pelusuk dunia . Diharap , gambar ini bakal menyentap hati dan perasaan anda , seterusnya membatalkan niat anda.

Alhamdulillah.