Bakal Kembali

Setelah bertahun lamanya mendiamkan diri, saya berniat untuk bermula semula menaip dan menulis blog memandangkan saya sudah berjaya berada di Universiti. Banyak yang ingin saya kongsikan kepada pembaca dan setelus hati ini ingin meneruskan kebolehan diri. Sekian buat pertama kali selepas 4 tahun. Assalamualaikum
Alhamdulillah.

Isbal



Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, bahawa baginda berkata, "Apa yang terjulur (labuh) ke bawah melebihi ke dua mata kaki dari pakaian, maka ia berada di neraka. (HR Bukhari)

Dari al-Mughirah B. Syu'bah, beliau melihat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mendatangi Sufyan dan menahannya, lalu berkata: Wahai Sufyan, janganlah engkau melakukan isbal, kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak mencintai orang-orang yang isbal. (HR Ibnu Majah)

Daripada Ya'kub B. 'Ashim sesungguhnya beliau mendengar asy-Syarid berkata: Dari kejauhan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam melihat seorang lelaki yang menjulurkan melabuhkan) pakaiannya (seluarnya) sehingga terseret. Maka beliau pun bergegas menemuinya (berlari-lari anak) menuju kepada orang tersebut. Lalu beliau menegurnya: "Angkatlah kain pakaianmu dan bertaqwalah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala". Maka orang tersebut pun berkata: Sesungguhnya aku seorang yang memiliki kaki yang bengkok (seperti huruf X) dan kedua lutut-ku tidak stabil ketika berjalan". Lalu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tetap menyatakan: "Angkatlah pakaianmu, kerana sesungguhnya semua ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah bagus". Maka setelah peristiwa tersebut, tidaklah kelihatan lelaki tersebut melainkan dengan pakaiannya (seluarnya) sentiasa terangkat hingga pada tengah-tengah kedua betisnya atau di bawah sedikit. (HR Ahmad)

Nabi saw. bersabda, "Dan berhati-hatilah kamu terhadap perbuatan mengisbalkan pakaian, kerana perbuatan tersebut termasuk kesombongan dan Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak mencintai kesombongan". (HR Abu Daud)

Daripada 'Abdullah B. 'Umar radhiyallahu 'anhuma, telah berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong, nescaya Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan memandangnya dengan pandangan kasih sayang pada hari kiamat nanti". (HR Bukhari)

Orang yang mengisbalkan (melabuhkan) pakaian, dia adalah orang-orang yang menjulurkan (memanjangkan) dan melabuhkan pakaiannya sehingga mencecah ke bumi (melebihi had). (Imam Ibnu Hajar, Mukaddimah Fathul Bari, 1/126)

Isbal menurut syar'i adalah melabuhkan (menjulurkan) pakaian serta membiarkannya terurai ke bawah sehingga melampaui batasan yang telah ditetapkan di dalam syari'at (melebihi buku lali).

Imam Nawawi dalam kitabnya Riyadhus Shalihin menerangkan tentang larangan memanjangkan kain di bawah buku lali. Di mana dalam bab tersebut beliau berpendapat, jika menjulurkan kain di bawah buku lali kerana sombong maka hukumnya haram, jika bukan kerana sombong maka hukumnya makruh. Ini adalah pendapat dalam mahzab Syafie.

Wallahu 'alam

Alhamdulillah.

Jom Bersabar

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh.

Sifat sabar seharusnya ditanamkan dalam diri dan jiwa setiap Muslim sebagai menifestasi iman. Secara ringkas, sabar bermaksud tahan menerima penderitaan yang tidak disenangi dengan reda dan menyerahkan diri kepada Allah SWT.


Menurut pandangan ahli falsafah Islam, penerapan sifat sabar terdiri daripada lima aspek:



1 Sabar dalam ibadah. 

Tekun melaksanakan segala perintah Allah dengan ikhlas dan penuh ketaatan seperti solat,puasa,zakat,haji, dan amal-amal ibadah lain yang dituntut oleh Islam.


2 Sabar ketika mendapat sesuatu bala dan bencana.

Allah SWT sentiasa menguji hamba-Nya dengan pelbagai kesulitan, penderitaan, bala dan bencana.


3 Sabar terhadap maksiat.


Menahan diri untuk menghindarkan daripada melakukan segala perbuatan jahat yang didorong oleh hawa nafsu yang boleh menjerumuskan seseorang ke lembah kehinaan dan kemurkaan Allah.


4 Sabar terhadapa pengaruh duniawai.

Islam menggariskan bahawa umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan kenikmatan dunia yang sementara sehingga boleh melalaikan kepentingan hidup di akhirat.


5 Sabar dalam perjuangan.

Tidak berputus asa dan memperkuatkan kembali sdegala kekurangan dan kelemahan atau kegagalan dijadikan pengajaran.





Dengan kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini,sama-samalah kita memenuhkan masjid,membasahkan bibir dengan zikrullah dan menahan hawa nafsu supaya bersabar!
Wallahuaklam.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!
Alhamdulillah.

Amalkan Akhlak Mulia


MARI BERINGAT!


Untuk menjalani kehidupan yang tenang dan seterusnya dapat melakukan ibadah dengan aman,kita amat digalakkan supaya mengamalkan akhlak mulia.
Amalkan :



1 Bersikap benar dan amanah.Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling berasa selesa dengan kejujuran kita.

2 Menjaga maruah diri. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling menghormati pegangan agama kita.

3 Bersabar ketika menghadapi kesusahan. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling sentiasa berlapang dada membantu kita.

4 Menepati dan menunaikan janji. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling percaya dan menghormati pandangan kita.

 5 Berani dan pemurah. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling sentiasa bersama kita dalam susah mahupun senang.

6 Berlemah lembut dengan makhluk lain. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling berasa selesa di samping kita.

7 Berasa mulia dengan keimanan. Amalakna sebaik mungkin supaya orang sekeliling menghormati dan menghargai bahawa Islam itu indah.

Alhamdulillah.